Follow

Dashboard
Atas Nama Cinta
#1
Tuesday, 22 November 2011,

Syed Izham bagaikan tidak percaya dengan berita yg diberitahu oleh Dr.Kumar sebentar tadi , berkali-kali dia menggelengkan kepala yg terasa bagaikan mimpi yang hadir di siang hari.Isteri kesayangannya yang selama ini sihat walafiat disahkan menghidap penyakit barah otak.Sukar untuk dia mempercayai berita yang disampaikan oleh Dr.Kumar kawan baiknya itu.

Tak mungkin ! Mustahil ! Mustahil Zima menghidap penyakit kronik itu ! Bukankah isterinya pergi untuk membuat pemeriksaan kandungannya yang mencecah 2 bulan? pasti Kumar tersilap! Bukan Zima ! Ya Allah aku tak percaya .. Aku tak percaya !Zima .. abang sangat mencintaimu .. abang tak mahu kehilangan Zima....Ya Allah tolonglahh . Rintihannya di salam hati.

"Abang ..."lembut suara seorang wanita menegurnya dan telah membawanya kembali ke alam nyata.Wajah isterinya diperhati dgn penuh kasih.

"Abang .. Kenapa Zima tengok sejak balik tadi abang gelisah je .. abang tak sihat ke ? abang nak Zima tolong masakkan moi ke ? Kenapa bang ?"Lembut suara isterinya menegurnya , bertambah sayang dan kasihnya terhadap wanita itu .

Satu keluhan yang berat dilepaskan juga akhirnya , tangannya mendongakkan wajah isterinya sedkit , agar boleh memandang tepat ke wajahnya itu .

"Sayang , abang akan pastikan Zima mendapatkan rawatan yang rapi untuk memulihkan penyakit Zima tu ya , tak kira berapa pun kos perubatannya , abang sanggup . yang penting sayang sihat ya .. "
Beria-ria Syed Izham memujuk isteri kesayangannya .

Hazima hanya menunjukkan riak wajah yang tenang.Senyumannya masih indah terukir di bibirnya.Matanya yang sepet , merenung wajah suaminya yang agak kusut ketika itu .
"Abang , Zima tahu abg sayangkan Zima.Tapi abg juga perlu tahu yg Zima sayangkan abg jugak tapi abg tak perlulah risau sampai begitu sekali.Lagipun Zima masih di peringkat awal , hanya ada ketulan kecil bukannya serius mana pun masih boleh diubatilah bang .."Lembut suara Hazima memujuk suaminya itu.

Syed Izham mengusap lembut pipi gebu isterinya , matanya mula bersinar kembali .
"Abang tahu sayang , abang tahu .. tapi abg tetap risaukan sayang , abang nak call Kumar untuk buat satu temujanji untuk pembedahan Zima . Lebih cepat , lebih bagus".Kata suaminya penuh tegas.
"Nanti dulu bang ..' Hazima mula gelisah .
"Kenapa ni sayang ? kenapa muka pucat tiba-tiba ni , sayang sakit ya ?" Kerisauan terpamer jelas di wajah Syed Izham.
"Bang , Zima dah bincang dgn Kumar tadi , Zima tak boleh buat pembedahan buat masa ini .."
Berkerut dahi Syed Izham mendegar berita itu dari isterinya .
"Tapi kenapa Zima ?abg tak fahamlah.Betul-betul tak faham.Pembedahan ni perlu disegerakan. please Zima .. don't do this to me.." sayu kedengaran suara Syed Izham.
Air mata mula mengalir tenang di pipi lembut Hazima...
"Bang .. lupa ke , dalam rahim ni ada satu nyawa yg sedang bernafas..Zima takboleh menjalani pembedahan sekarang kerana terlalu bersiko untuk bayi kita bang .. Kita mungkin akan kehilangannya. Zima tak sanggup bang . Tak sanggup ! Ini anak kita .. anak kita .."Hazima tersendu-sendu.Namun suaminya tidak sedikit pun merasa simpati terhadap anak yg dikandung itu , malah Syed Izham terus melepaskan kemarahan.

"Abang tak setuju dengan tindakan Zima !dalam keadaan terdesak sekarang anak itu masih penting !? Cuba Zima pikir balik , apa makna anak itu lahir sedangkan abang kehilangan Zima ? Lagipun sayang .. ni bukan zuriat pertama kita .. kita dah ada Laila . Kehadiran Laila dah melengkapkan rumahtangga kita . Abang tak perlukan zuriat lagi.Kalau perlu gugurkan kandungan itu !" Syed Izham berpewatakn tegas.

Kata-kata Syed Izham itu bagaikan petir . Hazima memandang lama wajah suaminya tanpa berkelip.
Kejam sungguh lelaki ini. Tidakkan dia tahu bahawa setiap helaan nafas bayi ini adalah helaan nafasku jua .Aku dan bayi ini bersatu , matinya , matilah juga aku.
Melihat isterinya yang bagaikan terkedu itu.Syed Izham menghampiri isterinya lalu tangannya diraih..

Bersambung ...


Novelist
Hey there , this is love blog , i imagine ol of this thing and i wrote it here , this is the Love Story , feel free to read ? i really do appreciate it and i hope you enjoy :) oh oh ! This is Malay Novel , i cannot write it in English because i am very good in English --''

Comment Me
Hey hey , this blog didn't have Shoutbox so if you wanna say something about this story , you can contact me at CottonCandy

Credits
Skin & divider designer; Qayyum
Background and cursors; Dolliecrave