Follow

Dashboard
Atas Nama Cinta
#3
Wednesday, 23 November 2011,

Sambungan ..

Sebaik melihat air mata yg mengalir di pelusuk mata mamanya , Sh.Allina  terus meluru ke arah mamanya lalu tubuh uzur itu dipeluk erat.Lama .. wajahnya dibenamkan pada dada mamanya dgn esakan yg tertahan-tahan ..
"Mama..jgn tinggalkan Lina .. Lina sayang mama..Lina tak ada sesapa lagi .. hanya mama yg sayang Lina dalam rumah ni .."Teresak-esak Sh.Allina menangis di dada mamanya.
"Jangan nangis sayang .. mama takkan tinggalkan Lina."lembut suara Pn.Hazmia memujuk anaknya.Dengan mana rambut anaknya dibelai penuh kasih.
Sh.Allina memandang wajah uzur mamanya.Perlahan air matanya diseka oleh jari-jemari mamanya yg terketar-ketar itu.
"Ma .. Pak Syed ckp mama sakit sebab Lina, betul ke ma ? Betul ke mama sakit sbb Lina ?"soal Sh.Allina perlahan dengan suara yg sedikit ketar.
Pn.Hazima tidak dapat menahan perasaannya di saat itu,lebih-lebih lagi mendengar perkataan 'Pak Syed' yg dibahasakan anaknya itu pada papanya sendiri.Kpeala Allina dikucup kasih.Air matanya merembes jatuh di pipnya tanpa henti.

"Tak sayang .. mama sakit bukan sebab Lina"pipi anaknya diusap lembut.
"Tapi Pak Syed selalu cakap yg Lina penyebab mama sakit.Lina tak nak ma..." Sh.Allina meluahkan rasa hatinya .
"Pandang mama sayang ."Pinta Pn.Hazima lembut.
Sh.Allina terus mengangkat wajahnya .
"Mama sakit adalah takdir Tuhan yang menentukan sayang.Allah nak menguji mama,mama redha menerimanya.Sayang faham tak?" terang Pn.Hazima.
Sh.Allina tidak memberikan seberang reaksi atas pertanyaan mamanya itu,mungkin faktor umurnya dia kurang memahami apa yg dikatakan oleh mamanya.Pn.Hazima hanya mengukir senyuman apabila melihat wajah anaknya yg sedikit kebingungan itu.Terus tubuh montel anaknya dibawa ke dalam pelukannya.Erat.
"Satu waktu sayang akan faham apa yang mama cuba sampaikan ni,cuma mama nak Lina tahu,Lina tak ada kena mengena dgn penyakit mama ni sayang"Lembut Pn.Hazima memberitahu anaknya.

Makin erat Sh.Allina memeluk mamanya hinggakan buku laporan tersepit dicelah tubuh mereka .
"Sayang pegang apa tu ?"sambil mengusap rambut ikal mayang anak bongsunya itu.
Sh.Allina hanya mendiamkan diri , dia berasa serba salah untuk menjawabnya.
"Sebenarnya .. ni buku laporan Lina.Mama boleh sign kan ?"Perlahan pertanyaan itu diajukan kepada mamanya.
Lama Pn.Hazima memandang buku laporan yang terkoyak dua itu.Dahinya berkerut.
"Buku laporan ? tapi kenapa terkoyak begini ? Sayang terjatuh ya?Lembut dia bertanya pada anaknya.
Perlu ke beritahu mama?Tapi .. nanti mama sedih pulak,kalau mama sedih nanti mama sakit.. aku takmau mama sakit lagi..Sh.Allina bermonolog dalam hatinya.

"Mama tanya ni .. hai sempat lagi anak mama ni mengelamun ya ?"usik Pn.Hazima.
Sh.Allina tersenyum,hingga mata sepetnya makin mengecil.
"Ha'ah mama..tadi Lina terjatuh waktu nak g kantin sampai terkoyak ni ha, nanti Lina sambung balik ya ma.Boleh mama sign dekat sini ?"Jari montel Sh.Allina menunjuk tepat ke tempat yg perlu ditandatangan itu.Dia mengambil keluar pen yg berada di poket seluarnya lalu dihulurkan pada mamanya.
Entah mengapa Pn.Hazima berasa sebak dikala itu.Apatah lagi melihat keputusan cemerlang anaknya.Pn.Hazima mengangkat tangan kirinya yg masih mampu untuk berfungsi walau tidak berapa kuat,dengan tangan terketar-ketar Pn.Hazima mencapai pen yg dihulurkan oleh anak kesayangannya itu.

"Mama ..Lina pegangkan tangan mama ya..."sedih Sh.Allina melihat mamanya itu.Begitu dalam sekali kasihnya terhadap Pn.Hazima.
Dgn penuh berhati-hati tgn Pn.Hazima dipegang dan dgn kudrat yg tak seberapa Pn.Hazima hanya meggaris sedikit di bahagian tandatangan itu.

"Sorry sayang..mama tak berdaya nak sign.Maafkan mama sayang."ujar Pn.Hazima lembut.Titisan air mata mula mengalir di pipi.Pilu sungguh hatinya melihat nasib si kecil itu.

"Ehh .. kenapa mama menangis?Lina tak kisah.Garisan ni dah cukup buat Lina..nnti esok Lina cakap dekat cikgu,mama Lina yg sign tapi mama Lina tak dapat sign cantik2 sbb mama Lina sakit.Terima kasih ya ma..Terima kasih.Garisan ni dah cukup buat Lina.Lina sayang mama..."Satu ciuman mendarat lama di dahi Pn.Hazima.
"Ma..Lina masuk bilik dulu ya.Lina nak sambung semula report card ni.Nanti mlm kita mkn sesama ya",ujar Sh.Allina dgn suara ceria.
"Lina..."
Sh.Allina terus memusingkan bdannya sebaik sahaja dgr suara lembut tersebut memanggil namanya.
"Boleh tak Lina jgn panggil 'Pak Syed' tapi panggil 'papa'". Pinta Pn.Hazima penuh harapan.

Sh.Allina menggaru-garus sedikit kepalanya bagaikanberfikir, panggil papa?Sh.Allina menggeleng-geleng sebelum berlalu pergi.
Maafkan mama sayang ..maafkan mama..mama gagal menjadi ibu yg sempurna buat Lina.Ya Allah,kau tabahkanlah anakku untuk menghadapi dugaanMu.Kesian anak mama dalam usia begini sudah diuji.Abg memang kejam !Abg kejam .. tergamak abg buat anak kita mcmtu.
Mama tahu Lina tak jatuh..Lina berbohong sbb taknak mama sedih kan..Mama tahu sayang derita yg kamu lalui ..

Di kala azan Maghrib sayup-sayup kedengaran berselang seli dgn suara esakan yg begitu sayu ..

Bersambung ...


Novelist
Hey there , this is love blog , i imagine ol of this thing and i wrote it here , this is the Love Story , feel free to read ? i really do appreciate it and i hope you enjoy :) oh oh ! This is Malay Novel , i cannot write it in English because i am very good in English --''

Comment Me
Hey hey , this blog didn't have Shoutbox so if you wanna say something about this story , you can contact me at CottonCandy

Credits
Skin & divider designer; Qayyum
Background and cursors; Dolliecrave